Inilah kisah indah percintaan seorang tabi’in mulia. Namanya Mubarak.
Dulu, Mubarak itu seorang hamba. Tuannya memerdekakannya kerana
keluhuran pekerti dan kejujurannya. Setelah merdeka ia bekerja pada
seorang kaya raya yang memiliki kebun delima yang cukup luas. Ia bekerja
sebagai penjaga kebun itu. Keramahan dan kehalusan tutur sapanya,
membuatnya disenangi semua temannya dan penduduk di sekitar kebun.
Suatu hari pemilik kebun itu memanggilnya dan berkata: “Mubarak, tolong petikkan buah delima yang manis dan masak!”
Mubarak seketika itu bergegas ke kebun. Ia memetikkan beberapa buah
dan membawanya pada Tuannya. Ia menyerahkan pada Tuannya. Majikannya
mencuba delima itu dengan penuh semangat. Namun apa yang terjadi,
ternyata delima yang dipetik Mubarak rasanya masam dan belum masak. Ia
mencuba satu persatu dan semuanya tidak ada yang manis dan masak..
Pemilik kebun itu gusar dan berkata: ”Apakah kau tidak dapat
membedakan mana yang masak dan yang belum masak? Mana yang manis dan
mana yang masam?”
“Maafkan saya Tuan, saya sama sekali belum pernah merasakan delima.
Bagaimana saya boleh merasakan yang manis dan yang kecut,” jawab
Mubarak.
“Apa? Kamu sudah sekian tahun bekerja di weesini dan menjaga kebun
delima yang luas yang telah berpuluh kali berbuah dan kau katakan belum
merasakan delima. Kau berani berkata seperti itu!” Pemilik kebun itu
marah merasa dipermainkan.
“Demi Allah Tuan, saya tidak pernah memetik satu butir buah delima
pun. Bukankah anda hanya memerintahkan saya menjaganya dan tidak memberi
izin pada saya untuk memakannya?” lirih Mubarak.
Mendengar ucapan itu pemilik kebun itu tersentak. Namun ia tidak
langsung percaya begitu saja. Ia lalu pergi bertanya kepada teman-teman
Mubarak dan tetangga disekitarnya tentang kebenaran ucapan Mubarak.
Teman-temannya mengakui tidak pernah melihat Mubarak makan buah delima.
Juga tetangganya.
Seorang temannya bersaksi: “Ia seorang yang jujur, selama ini tidak
pernah berbohong. Jika ia tidak pernah makan satu buah pun sejak bekerja
disini bererti itu benar.”
Kejadian itu benar-benar menyentuh hati sang pemilik kebun. Diam-diam ia kagum dengan kejujuran pekerjanya itu.
Untuk lebih meyakinkan dirinya, ia kembali memanggil Mubarak:
“Mubarak, sekali lagi, apakah benar kau tidak makan satu buah pun selama menjaga kebun ini?”
“Benar Tuan.”
“Berilah aku alasan yang boleh aku terima!”
“Aku tidak tahu apakah Tuan akan menerima penjelasanku apa tidak.
Saat aku pertama kali datang untuk bekerja menjaga kebun ini, Tuan
mengatakan tugas saya hanya menjaga. Itu aqadnya. Tuan tidak mengatakan
aku boleh merasakan delima yang aku jaga. Selama ini aku menjaga agar
perutku tidak dimasuki makanan yang syubhat apalagi haram. Bagiku kerana
tidak ada izin yang jelas dari Tuan, maka aku tidak boleh memakannya.”
“Meskipun itu delima yang jatuh di tanah, Mubarak?”
“Ya, meskipun delima yang jatuh ditanah. Sebab itu bukan milikku,
tidak halal bagiku. Kecuali jika pemiliknya mengizinkan aku boleh
memakannya.”
Kedua mata pemilik kebun itu berkaca-kaca. Ia sangat tersentuh dan
terharu. Ia mengusap air matanya dengan sapu tangan dan berkata, “Hai
Mubarak, aku hanya memiliki seorang anak perempuan. Menurutmu aku
mengahwinkannya dengan siapa?”
Mubarak menjawab: “Orang-orang Yahudi mengahwinkan anaknya dengan
seseorang kerana harta. Orang Nasrani mengahwinkan kerana keindahan. Dan
orang Arab mengahwinkan kerana nasab dan keturunannya. Sedangkan orang
Muslim mengahwinkan anaknya pada seseorang kerana melihat iman dan
taqwanya. Anda tinggal memilih, mahu masuk golongan yang mana? Dan
kahwinkanlah puterimu dengan orang yang kau anggap satu golongan
denganmu.”
Pemilik kebun berkata: ”Aku rasa tak ada orang yang lebih bertakwa darimu.”
Akhirnya pemilik kebun itu mengahwinkan puterinya dengan Mubarak.
Puteri pemilik kebun itu ternyata gadis cantik yang solehah dan cerdas.
Ia hafal kitab Allah dan mengerti sunnah NabiNya. Dengan kejujuran dan
ketaqwaan, Mubarak memperoleh nikmat yang agung dari Allah SWT. Ia hidup
dalam syurga cinta. Dari percintaan pasangan mulia itu lahirlah seorang
anak lelaki yang diberi nama“Abdullah”. Setelah dewasa anak ini dikenal
dengan sebutan “Imam Abdullah bin Mubarak” atau “Ibnu Mubarak”, seorang
ulama di kalangan tabi’in yang sangat terkenal. Selain dikenali sebagai
ahli hadis, Imam Abdullah bin Mubarak juga dikenali sebagai ahli zuhud.
Kedalaman ilmu dan ketaqwaannya banyak diakui ulama pada zamannya.
Inilah Buah cinta yang Berasaskan Ketaqwaan, semoga kita dianugerahkan cinta yang disertai ketaqwaan.